Sejarah Pusat Internet 1Malaysia Kalumpang

Maklumat Setempat | 1 July 2016

Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) merupakan projek kerajaan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dibawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

Pusat Internet 1Malaysia Kalumpang merupakan Fasa Kedua dan mula beroperasi pada 21 Januari 2016. Tapak Pusat Internet 1Malaysia Kalumpang yang dahulunya merupakan Balairaya Kampung Gumut Kalumpang kini bertukar menjadi tempat Pusat Internet 1Malaysia Kalumpang. Disamping itu, tapak Pusat Internet 1Malaysia Kalumpang merupakan tempat yang strategik kerana berhampiran dengan Klinik Kalumpang, Balai Polis Kalumpang dan Masjid telah memudahkan lagi komuniti untuk datang berkunjung ke Pusat Internet 1Malaysia Kalumpang.

pi1mdulu pi1mfront

           Balairaya Kampung Gumut Kalumpang                            Pusat Internet 1Malaysia Kalumpang