Tujuan:
Memberi pendedahan dan kemahiran asas dalam pengaturcaraan serta aplikasi penggunaan micro:bit melalui projek interaktif yang melibatkan input, output, sensor dan komponen elektronik asas.
Aktiviti:
Pelajar akan menjalankan pelbagai aktiviti hands-on seperti membina litar LED, menggunakan buzzer, servo motor, dan sensor sentuh, serta memprogram micro:bit menggunakan konsep seperti pemboleh ubah, kawalan ulangan, dan pengaturcaraan berasaskan peristiwa untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar secara kreatif.