mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan NADI x Mahir (Jahit)

Tarikh     :  5 Mei 2025
Lokasi    : Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kalumpang
Anjuran  : 
Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kalumpang

Tujuan:
Tujuan utama program minggu ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang asas mendraf pola baju kurung pesak dan kain susun tepi. Program ini merupakan sebahagian daripada Kursus Mahir Jahit anjuran NADI, yang bertujuan melahirkan peserta berkemahiran dalam bidang jahitan tradisional dan moden, khususnya pakaian wanita. Pendekatan pengajaran merangkumi elemen sejarah dan budaya dalam penghasilan baju kurung pesak, agar peserta bukan sahaja mahir dari segi teknikal, malah memahami nilai warisan pakaian tradisional Melayu.

Aktiviti:
Sepanjang sesi minggu ke-12 ini, peserta telah mempelajari langkah-langkah mendraf pola baju kurung termasuk pola badan, tangan, pesak, dan kekek. Mereka turut diperkenalkan kepada teknik pengukuran badan serta penggunaan bahan asas seperti kertas pola, pembaris, pita ukur dan pensel. Ciri-ciri rekaan seperti leher piping, belahan, rumah butang, dan susun tepi kain turut diterangkan. Aktiviti praktikal memberi peluang kepada peserta untuk menghasilkan pola masing-masing berdasarkan ukuran saiz standard dan saiz individu. Peserta juga diberikan tugasan menyediakan fabrik dan peralatan lengkap sebagai persediaan untuk minggu hadapan yang akan memfokus kepada sesi memotong kain kurung pesak dan kain susun.

Gambar Aktiviti