| Tarikh : 17 Mei 2025 Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kalumpang Anjuran : Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kalumpang |
Tujuan:
Program NADI x e-Sukan: Komunikasi Toksik di dalam e-Sukan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan remaja dan belia mengenai isu komunikasi toksik yang sering berlaku dalam dunia e-sukan. Program ini menekankan kepentingan etika, adab berkomunikasi dan pembentukan budaya positif dalam kalangan pemain, agar e-sukan dapat terus berkembang secara sihat dan profesional.
Aktiviti:
Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada jenis-jenis komunikasi toksik, kesan negatif terhadap pemain dan komuniti, serta cara-cara menangani situasi tersebut melalui ceramah interaktif dan perbincangan kumpulan. Selain itu, aktiviti simulasi permainan diselitkan untuk memberikan pengalaman langsung dalam mengurus komunikasi ketika bermain. Sesi diakhiri dengan perkongsian pengalaman daripada pemain e-sukan tempatan yang menekankan pentingnya sikap profesional dan saling menghormati dalam arena kompetitif.