| Tarikh : 21 April 2025 Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kalumpang Anjuran : Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kalumpang |
Tujuan:
Program NADI x DILEA (Math Tingkatan 4) bertujuan untuk membantu pelajar memahami konsep Matematik Tingkatan 4 dengan lebih mendalam melalui pendekatan yang interaktif dan menyeronokkan. Ia juga menjadi platform untuk pelajar bertanya soalan secara terbuka, mengukuhkan pemahaman mereka serta membina keyakinan dalam menyelesaikan soalan Matematik dengan berkesan.
Aktiviti:
Program ini akan dimulakan dengan aktiviti ice-breaking ringkas sebelum sesi penerangan konsep Matematik yang terpilih dijalankan secara interaktif. Pelajar kemudiannya akan menyertai cabaran berkumpulan berbentuk kuiz atau latihan bertema, yang direka untuk menguji kefahaman mereka dalam suasana yang santai dan kolaboratif. Sesi akan diakhiri dengan soal jawab terbuka dan sedikit penghargaan kepada peserta yang aktif.