| Tarikh : 3 Mei 2025 Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kalumpang Anjuran : Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kalumpang |
Tujuan:
Program Khas Webinar Motivasi Pelajar anjuran NADI DILEA telah berlangsung pada hari Sabtu, 3 Mei 2025, dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang secara dalam talian melalui sesi live stream. Program ini khusus ditujukan kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5 dengan tujuan utama memberi suntikan motivasi serta pendedahan awal berkaitan hala tuju selepas SPM. Webinar ini telah dikendalikan oleh Cikgu Azril, seorang perunding hala tuju pendidikan yang berpengalaman dalam mengendalikan Program “Plan My Path”.
Aktiviti:
Antara aktiviti utama dalam webinar ini termasuklah sesi ceramah motivasi berkaitan perancangan masa depan selepas SPM, serta perkongsian berinformasi tentang tips permohonan UPU online. Peserta turut didedahkan kepada kaedah pengiraan merit yang digunakan dalam proses permohonan ke institusi pengajian tinggi awam. Program ini diharap dapat membantu pelajar membuat perancangan akademik dengan lebih yakin dan terarah.