mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Januari 2025 – Kelas Mahir Pertanian Pintar

Tarikh : 17 Januari 2025
Lokasi : NADI Kalumpang  
Peserta : Peserta NADI Mahir

Tujuan

Untuk memberikan pemahaman tentang konsep dan teknologi yang digunakan dalam pertanian pintar. Ia bertujuan untuk meningkatkan kecekapan hasil pertanian dengan memanfaatkan teknologi moden seperti automasi dan analisis data. Selain itu, kelas ini juga menggalakkan peserta mengamalkan pertanian yang lebih mampan dan mesra alam.

Aktiviti

Sesi pengenalan teori pertanian pintar, latihan praktikal menggunakan peralatan seperti sensor, dron, dan sistem automasi, serta analisis data ladang untuk tujuan pengurusan. Peserta juga akan terlibat dalam simulasi projek ladang pintar dan sesi perkongsian pengalaman bersama pakar industri dan usahawan tani.