| Tarikh : 8 Julai 2025 Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kalumpang Anjuran : Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kalumpang |
Tujuan:
Program NADI X DiLea Open Live Class (Matematik) bertujuan untuk memberikan sokongan pembelajaran tambahan secara dalam talian kepada pelajar sekolah rendah, khususnya dalam subjek Matematik. Ia diadakan bagi membantu pelajar memahami konsep asas dengan lebih baik serta meningkatkan keyakinan mereka dalam menjawab soalan peperiksaan.
Aktiviti:
Kelas telah dijalankan secara siaran langsung melalui platform dalam talian dan dihadiri oleh pelajar dari komuniti setempat di NADI Kalumpang. Guru bimbingan memberi penerangan topik-topik penting seperti operasi asas dan pecahan, diikuti sesi soal jawab bersama pelajar. Peserta turut diberi latihan interaktif secara langsung untuk menguji pemahaman mereka.