mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti 7 Ogos 2025 – NADI X DiLea Open Tuition Tingkatan 3,4 dan 5 (Bahasa Melayu)

Tarikh     :  7 Ogos 2025
Lokasi    : Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kalumpang
Anjuran  : 
Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kalumpang

Tujuan:
Program ini bertujuan untuk memberikan sokongan tambahan dalam subjek Bahasa Melayu kepada pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 sebagai persediaan menghadapi peperiksaan utama seperti kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh, Kolej Vokasional dan SPM. Melalui kelas tuisyen terbuka ini, para pelajar dapat mengukuhkan penguasaan tatabahasa, penulisan dan pemahaman serta meningkatkan keyakinan mereka dalam menjawab soalan peperiksaan dengan lebih berkesan.

Aktiviti:
Kelas tuisyen telah dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman dari DiLea Education. Pelajar dibahagikan mengikut tingkatan dan diberi fokus kepada teknik menjawab soalan kertas peperiksaan, latihan interaktif, serta sesi bimbingan penulisan. Suasana pembelajaran yang kondusif dan penggunaan bahan bantu mengajar digital turut membantu pelajar lebih fokus dan terlibat secara aktif sepanjang sesi.

Gambar Aktiviti