mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti 21 Februari 2026 – DiLea Tuisyen Rakyat: Webinar Berkala Sejarah Edisi 4

Tarikh     :  21 Februari 2026
Lokasi    : Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kalumpang
Anjuran  : 
Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kalumpang

Tujuan

Program DiLea Tuisyen Rakyat: Webinar Berkala Sejarah Edisi 4 bagi Tingkatan 4 dan 5 ini diadakan untuk membantu pelajar membuat persediaan menghadapi peperiksaan SPM dengan lebih berfokus dan sistematik. Webinar ini memberi penekanan kepada teknik menjawab soalan Sejarah khususnya Kertas 2, cara menyusun isi dengan tepat mengikut kehendak soalan serta strategi memperoleh markah maksimum. Selain itu, program ini bertujuan meningkatkan keyakinan pelajar dalam menjawab soalan berbentuk KBAT dan memperkukuhkan pemahaman terhadap topik-topik penting dalam silibus.

Aktiviti

Sepanjang webinar berlangsung, pelajar didedahkan dengan penerangan teknik menjawab soalan secara terperinci termasuk analisis kehendak soalan, kaedah membina jawapan berstruktur serta contoh jawapan cemerlang. Fasilitator turut membincangkan soalan-soalan ramalan dan latihan pengukuhan bagi membantu pelajar memahami cara aplikasi fakta dalam jawapan. Sesi soal jawab secara langsung juga diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar mendapatkan penjelasan lanjut serta membetulkan kesilapan umum dalam menjawab soalan Sejarah.

Gambar Aktiviti