| Tarikh : 02 Disember 2025 Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kalumpang Anjuran : Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kalumpang |
Tujuan
Program NADI X DiLea Open Tuition Tingkatan 1–5 (Bahasa Inggeris) dilaksanakan bagi membantu pelajar meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris selaras dengan silibus sekolah. Program ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada teknik pembelajaran yang lebih mudah difahami, meningkatkan keyakinan pelajar dalam komunikasi, serta memupuk minat terhadap pembelajaran Bahasa Inggeris secara berterusan.
Aktiviti
Aktiviti dimulakan dengan sesi pengenalan dan taklimat ringkas berkaitan topik pembelajaran. Seterusnya, pelajar mengikuti sesi pengajaran dan perbincangan yang merangkumi kefahaman tatabahasa, pembinaan ayat serta latihan soalan. Program turut diselitkan dengan sesi soal jawab dan latihan interaktif bagi memastikan pelajar lebih faham serta aktif sepanjang sesi pembelajaran.