| Tarikh : 13 Januari 2026 Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kalumpang Anjuran : Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kalumpang |
Tujuan
Program NADI X Open Tuition Tingkatan 1–5 (Sains) dilaksanakan bagi membantu pelajar meningkatkan kefahaman terhadap topik Sains yang dipelajari di sekolah melalui pendekatan pembelajaran terbuka dan interaktif. Program ini bertujuan memberi sokongan akademik kepada pelajar pelbagai tahap, mengukuhkan asas konsep sains serta meningkatkan minat dan keyakinan pelajar dalam menghadapi pembelajaran dan peperiksaan.
Aktiviti
Aktiviti program melibatkan sesi bimbingan dan ulang kaji topik Sains mengikut silibus Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang dijalankan secara santai dan berfokus. Pelajar diberi penerangan konsep, perbincangan soalan, latihan pengukuhan serta sesi soal jawab bagi menggalakkan penglibatan aktif dan pemahaman yang lebih mendalam.