mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti 12-14 Ogos 2025 – NADI X Tiny Techies (Pertandingan Tiny Techies 2025)

Tarikh     :  12-14 Ogos 2025
Lokasi    : UiTM Cwangan Melaka Kampus Alor Gajah
Anjuran  : 
Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kalumpang, Tiny Techies, UiTM, MAKERS @ IIUM, dan Sukarelawan Siswa

Tujuan:

Pertandingan Tiny Techies 2025 bertujuan untuk menggalakkan pelajar sekolah rendah dan menengah meneroka kemahiran teknologi, inovasi, dan penyelesaian masalah melalui bidang Internet of Things (IoT) dan robotik. Program ini juga mendorong kreativiti, pemikiran kritis, serta memupuk minat terhadap STEM di kalangan generasi muda.

Aktiviti:

Pertandingan berlangsung pada 12 hingga 14 Ogos 2025 di UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Bagi kategori sekolah menengah, peserta membangunkan projek IoT “Sistem Pengesanan Kelembapan Tanah dan Auto Penyiraman untuk Aplikasi Pertanian” dan berjaya meraih tempat ketiga peringkat Wilayah Tengah. Bagi kategori sekolah rendah, pasukan bertanding dalam acara Robotik Sumo yang menguji kemahiran teknikal dan strategi pasukan.

Gambar Aktiviti