mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti 10 Julai 2025 – NADI X Cybersecurity (Webinar dari Serangan Siber ke Pemulihan: Asas Tindakbalas & Forensik Digital)

8 July 2025

Tarikh     :  10 Julai 2025
Lokasi    : Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kalumpang
Anjuran  : 
Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kalumpang

Tujuan

Program ini bertujuan memberikan kesedaran asas kepada komuniti tentang kepentingan keselamatan siber serta langkah tindakbalas sekiranya berlaku serangan digital. Webinar juga memperkenalkan konsep asas forensik digital sebagai panduan awal kepada peserta dalam mengenal pasti, melindungi dan memulihkan data selepas insiden keselamatan.

Aktiviti

Webinar dimulakan dengan taklimat pengenalan mengenai jenis-jenis serangan siber yang biasa berlaku terhadap pengguna awam dan perniagaan kecil. Penceramah berkongsi langkah pencegahan awal, diikuti dengan demonstrasi asas tentang bagaimana menganalisis kesan serangan dan tindakan forensik awal yang boleh dilakukan tanpa memerlukan alat profesional. Sesi soal jawab turut diadakan bagi menjawab pertanyaan peserta. Program mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan aktif komuniti setempat termasuk belia, pelajar dan usahawan mikro.

Gambar Aktiviti