mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2025 – Muhammad Al-Ibnu Qayyim bin Mohd Azlan

1. Latarbelakang

Muhammad Al-Ibnu Qayyim bin Mohd Azlan merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang menetap di kawasan luar bandar Hulu Selangor. Beliau tinggal di Taman Tempua Bestari, Kalumpang, yang terletak agak jauh dari pusat bandar dan kemudahan pendidikan tambahan seperti tuisyen berbayar. Faktor jarak dan kos pengangkutan menyebabkan beliau sukar mendapatkan sokongan pembelajaran tambahan di luar waktu sekolah.

2. Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI

Sebelum mengenali NADI, Ibnu Qayyim hanya bergantung kepada pengajaran yang diterima di sekolah dan bahan ulang kaji kendiri. Beliau tidak mempunyai akses kepada tuisyen tambahan kerana kos yang tinggi dan ketiadaan pusat tuisyen berhampiran. Kekurangan kemudahan ICT juga menyebabkan beliau kurang terdedah kepada kaedah pembelajaran digital dan sumber ilmu atas talian.

3. Selepas penggunaan ICT / penglibatan NADI

Setelah menyertai program Celik ICT dan kelas dalam talian DiLea di NADI Kalumpang, Ibnu Qayyim menunjukkan peningkatan yang ketara dalam pembelajarannya. Beliau dapat mengikuti kelas secara digital dengan lebih fleksibel tanpa memerlukan kos tambahan, serta mula menguasai kemahiran asas komputer dan internet. Penglibatan dalam NADI telah meningkatkan keyakinannya dalam penggunaan teknologi serta menjadikannya lebih berdikari dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan dan cabaran pembelajaran masa kini.