mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2025 – Mazlina binti Md Padli

Latar belakang

Puan Mazlina merupakan seorang usahawan tempatan dari Hulu Selangor yang mengusahakan perniagaan bahulu tradisional dan bahulu moden. Beliau memulakan perniagaan dari rumah secara kecil-kecilan, menjual produk kepada jiran tetangga dan di pasar sekitar kawasan. Minatnya terhadap pembuatan bahulu tradisional diwarisi daripada keluarga, dan beliau nekad untuk menjadikan bahulu sebagai sumber pendapatan utama.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI

Sebelum mengenali ICT dan menyertai aktiviti di Pusat Ekonomi Digital (NADI) Kalumpang, Puan Mazlina hanya menjalankan perniagaan secara offline. Jualan bergantung kepada pelanggan tetap dan promosi dari mulut ke mulut. Produk tidak mempunyai penjenamaan yang jelas, dan kos untuk menghasilkan sticker serta bahan promosi perlu dibayar kepada pihak luar. Pendapatan yang diperoleh adalah sederhana dan tidak konsisten.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan NADI

Segalanya berubah apabila Puan Mazlina menyertai kelas keusahawanan dan latihan ICT di NADI Kalumpang. Di sinilah beliau mempelajari asas pemasaran digital, penggunaan platform media sosial, serta kemahiran reka bentuk menggunakan aplikasi Canva. Beliau mula menghasilkan sendiri sticker produk, poster promosi dan banner digital, sekaligus menjimatkan kos. Perniagaannya kini lebih tersusun, mampu menembusi pasaran luar kawasan melalui jualan atas talian, dan pendapatannya meningkat. Puan Mazlina kini menjadi contoh usahawan kecil yang berjaya memanfaatkan teknologi untuk mengembangkan perniagaan.

Usahawan ketika sesi pembelajaran di NADI Kalumpang

Antara produk dan iklan promosi

Car Boot Sale di Kuala Kubu Bharu