mcmc
Kisah KejayaanUncategorized

KISAH KEJAYAAN 2025 – Fazliatun Binti Johari

Latar belakang

Puan Fazliatun merupakan usahawan jahitan dari Hulu Selangor. Beliau menawarkan perkhidmatan menjahit pakaian mengikut tempahan seperti baju kurung dan jubah, serta khidmat ubah suai pakaian. Minatnya dalam bidang jahitan bermula sejak muda dan kini menjadi sumber pendapatan utama keluarga.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI

Sebelum menyertai aktiviti di NADI Kalumpang, beliau hanya bergantung pada pelanggan sekitar kampung. Promosi dilakukan secara manual melalui mulut ke mulut, dan bahan promosi perlu dihasilkan oleh pihak luar. Hal ini menyebabkan kos meningkat, penjenamaan terhad, dan pendapatan tidak menentu.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan NADI

Selepas mengikuti latihan keusahawanan dan ICT di NADI Kalumpang, Puan Fazliatun mula menggunakan media sosial untuk promosi. Kini, perniagaannya lebih tersusun, tampil lebih profesional, pelanggan semakin bertambah termasuk dari luar kawasan, dan pendapatannya turut meningkat.

Usahawan ketika sesi pembelajaran di NADI Kalumpang

Antara produk dan iklan promosi