Latar Belakang
Nur Adyan binti Nuruddin merupakan usahawan kuetiau di Kalumpang yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah menggunakan resipi sendiri. Perniagaan beliau semakin berkembang dan kini beliau turut berniaga di pasar malam bagi menambah pendapatan serta meluaskan pelanggan.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI
Sebelum menyertai NADI Kalumpang, beliau menjalankan perniagaan secara tradisional melalui jualan terus dan kenalan terdekat. Beliau kurang mahir dalam penggunaan platform digital serta pengurusan perniagaan secara sistematik.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan NADI
Selepas penglibatan di NADI Kalumpang, beliau mula menggunakan media sosial untuk promosi, menghasilkan kandungan yang lebih menarik serta mengurus tempahan dengan lebih teratur. Ini membantu meningkatkan jualan dan memperluaskan capaian pelanggan.
