mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2026 – Mohd Dany Izzwan Bin Mohd Sharif

Latar Belakang

Dany merupakan seorang pelajar sekolah menengah di SMK Khir Johari yang menetap di kawasan luar bandar di Hulu Selangor. Beliau bakal menduduki peperiksaan SPM 2026. Jarak pusat tuisyen yang jauh dari kediamannya, serta kekangan dari segi kos dan pengangkutan telah menghadkan akses beliau kepada kelas tambahan.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI

Sebelum menyertai program di NADI Kalumpang, Dany hanya bergantung kepada pembelajaran di sekolah dan ulang kaji kendiri. Kekurangan pendedahan kepada pembelajaran berasaskan ICT dan bimbingan tambahan menjadikan proses pembelajaran agak mencabar dan kurang berstruktur.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan NADI

Melalui penyertaan dalam tuisyen atas talian DiLea yang disediakan di NADI Kalumpang, Dany mula terdedah kepada penggunaan teknologi dalam pembelajaran serta kaedah pembelajaran digital yang lebih interaktif dan sistematik.