Latar Belakang
Emilio merupakan pelajar sekolah menengah di SMK Kalumpang yang menetap di kawasan luar bandar di Hulu Selangor. Faktor jarak pusat tuisyen yang jauh, melebihi 8km dari kediamannya, serta kekangan kos dan pengangkutan menyebabkan beliau kurang mendapat akses kepada kelas tambahan.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI
Sebelum menyertai program di NADI Kalumpang, Emilio hanya bergantung kepada pembelajaran di sekolah dan ulang kaji kendiri. Kekurangan pendedahan kepada pembelajaran berasaskan ICT dan bimbingan tambahan menjadikan proses pembelajaran agak mencabar dan kurang berstruktur.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan NADI
Melalui penyertaan dalam program Celik ICT dan tuisyen dalam talian DiLea yang disediakan di NADI Kalumpang, Emilio mula terdedah kepada penggunaan teknologi dalam pembelajaran serta kaedah pembelajaran digital yang lebih interaktif dan sistematik.
