Latar belakang
Haidar merupakan seorang pelajar sekolah menengah dari Hulu Selangor. Dia tinggal di kawasan luar bandar, dan pusat tuisyen terdekat terletak lebih 8km dari rumahnya, menyebabkan kekangan dari segi jarak dan kos.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum mengenali NADI, Haidar hanya bergantung kepada pembelajaran di sekolah dan ulang kaji sendiri tanpa bantuan tuisyen tambahan.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan NADI
Dengan adanya program Celik ICT dan tuisyen online DiLea di NADI Kalumpang, Haidar semakin yakin, lebih bersemangat untuk belajar, serta menunjukkan peningkatan dalam pencapaian akademik.
