| Tarikh : 10 Mac 2025 Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kalumpang Anjuran : Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kalumpang |
Tujuan
Pada minggu ini, para pelajar akan mempraktikkan kemahiran menjahit apron berdasarkan teknik yang telah dipelajari. Mereka boleh memilih untuk menjahit apron mengikut rekaan sedia ada atau mereka bentuk apron sendiri bagi meningkatkan kreativiti.
Aktiviti
Sepanjang aktiviti ini, pelajar perlu memastikan setiap jahitan dilakukan dengan teliti, termasuk proses melipat, menyeterika, dan menjahit dengan kemas. Selain itu, pelajar dikehendaki mendokumentasikan setiap langkah kerja dengan mengambil gambar dari peringkat pemotongan kain sehingga apron siap dijahit, serta gambar ketika memakai apron yang telah disiapkan. Gambar-gambar ini perlu disimpan kerana akan diberitahu kemudian mengenai cara penghantarannya. Akhir sekali, setiap pelajar harus mengisi kehadiran mereka dalam sistem MTS sebagai bukti penyertaan dalam aktiviti ini.